Monday 21 July 2014

Tiada Kata Secantik Bahasa

AZRINA IBRAHIM | SX120051BLS04

“Tiada Kata Secantik Bahasa”, begitulah indahnya lirik Jamil Sulong dendangan P.Ramlee dalam Filem Anakku Sazali 1956. Senikata lagu sungguh cantik tersusun dan mendayu-dayu. Jamil Sulong yang banyak berbakti antara terhebat menulis lagu-lagu P.Ramlee pada waktu itu. Disini ingin saya mengulas lirik pada rangkap pertama yang sangat ringkas tetapi penuh dengan makna yang tersembunyi;


Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak kutunjuk perasaan


OooO...dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hemmm...Henmm
Dinda puspa gemala
Mestika kanda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk kupuji adinda..

Lagu tiada kata secantik Bahasa menggambarkan bagaimana beliau mengolah kata-kata untuk menyatakan atau menggambarkan sesuatu dalam bentuk kata-kata. Secara tidak langsung, lagu ini menunjukkan peranan kata-kata yang mampu mengolah sifat sesuatu dengan sebaik mungkin. Baris pertama dalam lirik lagu ini menyatakan tiada kata secantik Bahasa merujuk kepada sifat kata yang merupakan salah satu komponen bahasa secara bentuknya tetapi dari aspek maknanya, kata berperanan sebagai alat atau saluran yang mendukung sesuatu makna untuk menyampaikan sesuatu. Beliau tidak menyatakan ayat atau sebagainya tetapi memilih untuk menggunakan kata kerana ianya boleh menyatakan berbagai-bagai pengertian berdasarkan kewujudannya. Dalam lirik lagu P.Ramlee, beliau menyatakan sedemikian apabila seseorang kekasih ingin memuji kekasihnya tetapi dia merasakan tiada kata yang dapat menggambarkan kecantikan kekasihnya itu. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh membawa makna bahawa kata dalam bahasa adalah tutur yang cukup indah untuk digunakan bagi mengungkapkan tentang kecantikan seseorang. Hal ini terbukti apabila baris yang selepasnya ialah untuk kupuji adinda dan ini jelas menunjukkan peranan kata dalam Bahasa juga boleh digunakan untuk menyatakan rasa kekaguman terhadap sesuatu. Oleh hal yang demikian, pentafsiran mengenai kata itu merupakan suatu bahasa yang indah untuk menyatakan pujian dalam bentuk kata yang indah-indah.


No comments:

Post a Comment