Sunday 27 July 2014

Song Review_Stay The Same_Rashida Abdullah

NAMA               : RASHIDA BINTI ABDULLAH
NO. MATRIKS : SX122704GUF04
TUGASAN        : SONG REVIEW – STAY THE SAME




Lagu ‘Stay The Same’ ini dinyanyikan oleh penyanyi dari Amerika iaitu Joey McIntyre dan ini adalah album pertama beliau yang bertajuk “Stay The Same’ yang dilancarkan pada tahun March 1999. Lagu ini adalah lagu McIntyre yang paling berjaya. Permulaan lagu ini amat menarik di mana ianya bermula pada chorus, iaitu janganlah kamu ingin menjadi orang lain sedangkan kamu telah dijadikan sebaik-baiknya dan janganlah sesekali tidak menyukai diri sendiri. Belajarlah mencintai diri sendiri, ianya jauh lebih baik dan janganlah berubah untuk menjadi orang lain kerana diri kamu tidak ada apa yang perlu diubahkan. Ini memberikan semangat, inspirasi dan  motivasi untuk menjadi diri sendiri untuk menuju ke arah kejayaan. Rentaknya bergenre ‘Pop’ amat sesuai dan membuatkan ianya tidak jemu didengari berulang kali. Ia juga menarik semua golongan tidak kira tua ataupun muda untuk mendengar, menghayati dan menyanyikan lagu ini, dalam masa yang sama bersemangat mencintai dan menyanyangi diri sendiri untuk menjadi insan yang terbaik dan berjaya. Lagu yang amat teratur yang membuatkan pendengar merasa bersemangat dan menghargai diri sendiri dengan seadanya. Secara keseluruhannya, lagu ini sangat bagus dengan iringan irama dan lirik yang baik.
        

No comments:

Post a Comment