Reviewed by : FAZILI ANUAR MD YUSUF ( Lagenda Fazili )
Student ID : SX122689GUF04
Lagu ini mengisahkan kehidupan
dikotaraya yang dikenali sebagai KUALA LUMPUR, kota ini senantiasa menerima
sesiapa sahaja yang ingin mencari rezeki ataupun pada sesiapa sahaja yang
inginkan sesuatu kehidupan yang mencabar. Ini dapat dilihat dalam bait kata lirik
ini “Ini kotaraya yang sering berkata Kalau
berani ayuh mari cuba saya Siapa mahu cuba dicabar semua Si kota terima dengan
tangan terbuka...” .
Kehidupan di Kuala Lumpur ini penuh dengan apa sahaja
kemahuan yang diingini bagi sesiapa sahaja, keinginan itu sama ada baik ataupun
buruk. Penghuni kota ini ada yang berjaya dan ada yang tidak masing-masing bergantung
pada jalan yang diambilnya hal yang demikian dapat dilihat pada bait kata ini “Apa kamu mahu semuanya bias, Jemput ke
rumahku sila-sila, Di dalam hatinya banyak rahsia, Banyak kisah benar ramai
saksinya ,Ada yang gagal ada yang berjaya, Ada bersahaja ada capai kerjaya Ada
rezeki yang melimpah ruah Hingga kurang nasi terlebih kuah Ada yang sial ada
yang bertuah...”
Kota Kuala Lumpur yang diceritakan oleh penulis lirik ini
menggambarkan suasana kehidupan yang tidak pernah putus akan aktiviti
sehariannya dari pagi sehingga lewat malam hinggalah fajar pagi muncul semula
dengan kehidupan pada disiang waktunya orang keluar mencari rezeki dan pada
waktu malamnya masih jua orang mencari rezeki. Walaubagaimanapun pada kehidupan
malam seolah-olah penulis cuba menggambarkan suasana kehidupan yang lebih ‘extrame’
dengan hidupnya aktiviti-aktiviti orang muda dengan hidupnya kelab-kelab malam,
aktiviti lumba haram. Dengan adanya masyarakt yang masih duduk dikedai-kedai
kopi sambil menghabiskan masa.
Kehidupan dikota Kuala Lumpur ini kita perlulah berhati-hati
tidak kira dari segi apa jua sekali pun, ini bagi mengelakkan kita daripada
tertipu oleh orang yang mungkin ingin mengambil kesempatan pada diri kita,
penulis telah menerangkan dalam bait katanya “Ini kotaraya talam dua muka ,Katanya madu kau disuap cuka, Selepas
dibelai hatimu di luka Di pijak kepala lepas di beri muka,Kau kan ditelan
lantas diludah...”
Penulis juga pernah duduk dikaki lima bagi merasa sendiri akan pengalaman
dengan memerhati opera hidup yang dilakonkan oleh masyarakat disekelilingnya,
hal yang demikian dapat dilihat dalam bait katanya “Aku rehat sebentar di kaki
lima,Yang jadi riba melayan minda,Aku sedar kota sekadar latar,Untuk opera
hidup yang bermain di layar lara..”
No comments:
Post a Comment