Satu.. kasih nan abadi Sayang dengar lagu ini
Tiada tandingi dia yang satu Untuk kau sandarkan buat pedoman
Dua… sayang berpanjangan Jangan manis terus ditelan
Membawa ke syurga kasihnya ibu Pahit terus dibuang… itu bidalan
Tiga.. lapar dan dahaga Harus kau renungkan
Rela berpayahan setianya ayah Andai, Kau beroleh bahagia
Empat.. mudah kau ketemu Ingat itu bukan untuk selamanya
Berhati selalu beza antara Andai, Kau dalam sengsara
Kasih dan kekasih Ingat itu bukan untuk selamanya
* Ibu, ku ingat dahulu Hidup ini sementara…
Menyisir rambutku, kemas selalu
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Dari lirik boleh disimpulkan yang lagu ini menerangkan kasih sayang
dan kecintaan kepada tuhan yang satu, Ibu, bapa dan juga menyelitkan pengajaran
sekiranya ingin memilih kekasih. Lagu ini juga boleh dikatakan lebih kepada
berunsur nasihat terutama kepada anak-anak dan golongan remaja.
Dalam
Rangkap satu dan dua lagi kita boleh
melihat lirik berkaitan dengan kasih sayang dan nasihat iaitu 1,2 dan bagi
rangkap kedua iaitu yang ke 3 mungkin mudah bagi kita untuk memahami kerana
penerangannya sangat jelas tentang kasih sayang kepada siapa, iaitu tentang
ketuhanan dan ibu bapa. Tetapi yang ke 4 kita perlu berfikir lebih mendalam
sedikit kerana kita mesti bijak memikirkan sendiri antara kasih dan kekasih,
iaitu kita perlu memilih dengan betul siapa yang akan menjadi teman kita selamanya
dan bukannya hanya kasih atau sayang yang hanya sia-sia semata.
Manakala
bagi korus pula telah menceritakan betapa tinggi dan besarnya pengorbanan
seorang ibu dan ayah yang telah menjaga, membesarkan, mendidik dan berusaha
untuk menjadikan seseorang anak itu berjaya. Antara pengajaran yang telah
diselitkan lagi dalam lagu ini ialah tentang mengajar seorang anak agar bijak
menilai dan memikirkan sesuatu terlebih dahulu dan tidak mudah mempercayai dan
menerima sesuatu dengan begitu mudah atau bulat-bulat menerima sesuatu.
Di
samping itu juga ditekankan juga nasihat agar sentiasa beringat dan berwaspada
dengan apa yang diperolehi dan senantiasa berjaga-jaga dan berfikiran panjang
dalam melakukan sesuatu. Juga positif tentang sesuatu yang berlaku atau ujian yang
mendatang kerana tidak semua benda akan kita peroleh atau miliki selamanya dan
semua benda yang ada tidak kekal selamanya.
Nor Saliza binti Abu Bakar Rodin
Matrik : SX122703GUF04
No comments:
Post a Comment