TUGASAN 1 - SONG REVIEW
ALI IMRAN BIN MOHD DRUS
ALI IMRAN BIN MOHD DRUS
SX
122 686 GUF 04
Tajuk Lagu : NIJI
Artis :
L’Arc~en~Ciel
Lirik :
Hyde
Muzik : Ken
"Niji" (虹/Rainbow) Adalah single
ke-lapan (8) sebuah kumpulan JROCK Jepun
iaitu L'Arc~en~Ciel . Ia telah dikeluarkan pada 17 Oktober 1997 dan berjaya menduduki
tangga ke 3 Carta Oricon (Carta Muzik di Jepun). Lagu ini juga telah digunakan
sebagai lagu tema pembukaan untuk filem Rurouni
Kenshin: Ishin Shishie no Requiem, menjadikan
mereka satu-satunya artis yang menyumbang lebih daripada satu lagu untuk francais
tersebut. Lagu ini juga adalah salah satu lagu kegemaran kumpulan ini yang sering
dimainkan sebagai lagu penutup konsert mereka.
Bagi yang tidak fasih berbahasa Jepun, persepsi pertama apabila mendengar lagu ini
pastinya beranggapan bahawa lagu ini hanya berkisar tentang percintaan dan
kesedihan. Tetapi jika diteliti liriknya, perasaan cinta tersebut boleh digambarkan
sebagai pelangi yang datang dan pergi seperti sesuatu musim . Merujuk kepada
lirik di rangkap ke-empat :
“even
if the season is coming to an end. It has rained many times but now it has stopped. It looks like the scene which I always watched with my eyes closed.”
Kesedihan
yang berpanjangan juga akan hilang dan akan digantikan dengan kegembiraan yang
hadir dan boleh dirasai walaupun dengan gambaran sahaja seperti pelangi selepas
hujan.
Lagu ini ditulis oleh HYDE , penyanyi utama kumpulan ini
manakala muziknya pula disusun oleh Ken selaku gitaris utama. Memang tidak
dinafikan kombinasi mereka dalam mencipta dan mencurahkan idea ke dalam sesuatu
karya sangat baik dan berkesan dihati pendengar. Tidak hairanlah jika
kebanyakan lagu-lagu kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1991 di Osaka ini sering terpilih sebagai lagu tema pembukaan
dan penutup siri anime terkenal di Jepun contohnya siri GTO (Great Teacher
Onizuka), Full Metal Alchemist dan lain-lain. Dengan kemantapan vokal penyanyi ,
lirik dan melodi lagu ini bolehlah dikatakan lagu yang ini layak diangkat
sebagai salah satu karya ‘berhantu’daripada mereka.
No comments:
Post a Comment