Friday, 18 July 2014

~BiLa WakTu Telah Berakhir~

Maulida bt.Baili
SX120094BQS04
~Bila Waktu Telah Berakhir~
OPICK


Bagaimana kau merasa bangga,

akan dunia yang sementara
bagaimanakah bile semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR  Nyanyian  OPICK. - Jikalau anda semua perasan, lagu ini sering menjadi lagu latar belakang bagi drama atau filem-filem yang berunsurkan ketuhanan dan lebih-lebih lagi apabila adegan kematian sedang di tayangkan. Intro muzik bagi lagu ini amat mendamaikan jiwa dan sesuai dengan bait-bait liriknya yang penuh dengan elemen keagamaan yang menginsafi diri. 

Perenggan kedua lirik yang berbunyi “Bagaimanakah bila saatnya, waktu terhenti tak kau sedari, masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulang masa lalu”. Susunan lirik ini sangat bagus dan mudah untuk di fahami, yang mana ajal seseorang tidak boleh dijangka, dan kematian boleh menjemput pada bila-bila masa, sekiranya ianya berlaku secara tiba-tiba, mampukah kita sebagai manusia yang penuh dengan dosa bertaubat?. Pada pendapat saya, penulis telah berjaya berdakwah menerusi lagu yang di cipta. 

Cuba seketika kita duduk dan menghayati tiap bait kata yang terdapat di dalam lagu ini, SUBHANALLAH, walaupun tidak banyak, mungkin akan ada sedikit kesedaran dan keinsafan yang terbit di dalam diri dan hati. Kombinasi tune muzik dan lirik lagu ini sangat sesuai dan tidak kelaut!. Merupakan satu lagu ketuhanan yang berjaya dan sukses.

No comments:

Post a Comment