Thursday, 24 July 2014

TUGASAN 1 : SONG REVIEW OLEH ALIRA


NAMA                 : ALIRA BT MAT ABDULLAH
NO. KAD MATRIK : SX122687GUF04

ISABELLA






                                   Penyanyi         : Kumpulan Search
                                   Pencipta Lagu  : Search
                                   Penulis Lirik    : Bob Lokman


SINOPSIS LAGU :


Lagu Isabella di nyanyikan oleh kumpulan Search pada tahun 1989 dan memenangi juara lagu popular muzik-muzik juga tahun tersebut. Lagu Isabella dicipta oleh kumpulan Search dan liriknya ditulis oleh Bob Lokman. Lagu ini mempunyai melodi yang cukup indah dengan alunan vokal Amy Search yang mantap membuatkan pendengar terbuai apabila mendengarnya. Lagu ini begitu popular sekitar tahun 90 an sehingga dijadikan filem gandingan dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang dilakonkan sendiri oleh Amy Search dan Nia Zulkarnaen.

Walaupun  lirik  lagu  ini  nampak mudah difahami ianya boleh ditaksirkan dari pelbagai pandangan. Sebenarnya lagu ini juga dikaitkan dengan kisah mengenai keruntuhan islam di Granada dan juga kisah seorang wanita yang bernama Isabella yang akhirnya menganut agama islam.
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza

Pada pandangan saya, lagu ini mengisahkan percintaan dua insan yang terhalang disebabkan oleh adat dan darjat yang berbeza. Seperti pasangan lain, kedua-duanya saling sayang menyayangi dan berhasrat untuk sehidup semati. Perbezaan ini menyebabkan keluarga mereka tidak dapat menerima dan menghalang percintaan mereka. Hal ini mungkin disebabkan oleh ketaksuban masyarakat kepada keturunan dan darjat kerana adat akan berkubur hasil asimilasi dalam perkahwinan dan tidak mahu harta jatuh ke tangan orang lain. Mereka seperti ini dikatakan lebih sanggup melihat anak derita asalkan keturunan tidak digugat. Bagi mereka ini, sampai bila-bila pun enggang tidak boleh terbang bersama pipit’.

  Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella

Pada corus lagu ini menceritakan perasaan kecewa sang kekasih apabila cintanya  kepada Isabella di halang sehingga ia mengubah kehidupannya. Namun ia tetap berharap akan ada harapan untuk mereka kembali bersama sekiranya Isabella  setia dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Kasih sayang dan kepercayaan satu sama lain adalah satu perkara yang wajib ada dalam bercinta. Fikirkanlah perasaan orang yang ditinggalkan selepas kita memberi sepenuh harapan. Cinta sejati memerlukan pengorbanan dan kesetiaan, mungkin kita ditakdirkan untuk bercinta tetapi tidak untuk bersama. Jika kecewa dalam percintaan  janganlah  sampai berputus asa, kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk kita.

Selain itu, lagu Isabella juga sebenarnya dikaitkan dengan fakta yang prasasti kepiluan dan kepedihan umat islam di Wilayah Granada (Sepanyol bahagian selatan). Lirik lagu ini seolah-olah mengabdikan kemenangan besar Kaum Katholik atas Kaum Muslimin Andalusia. Lambang kekuatan cinta Isabella iaitu ratu Castile dan suaminya Ferdinand V (Raja Aragon) akhirnya berjaya mengulingkan pemerintahan islam Granada dan menimbulkan prahara kemanusiaan yang hebat bagi kaum Muslimin Granada. Disebabkan ini, terdapat pihak yang tidak menyukai lagu ini kerana ianya adalah lagu kemenangan Isabella atas penderitaan kaum muslimin.





No comments:

Post a Comment