Saturday, 26 July 2014

~ LA TAHZAN BY HELIZA HELMI~

NUR FADZILLAH BINTI AHMAD (SX120119BQS04)
LA TAHZAN BY HELIZA HELMI
Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalanNya

La tahzan robbuna ma’ana (3X)
Jangan sedih, Allah bersama kita

Mereka sentiasa berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta , jiwa dan nyawa

Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja

Siapa Tuhan kamu (Allah)
Siapa guru kamu (Rasulullah)
Apa pegangan kamu (Al Quran)
Apakah jalan hidup kamu (Jihad Fisabilillah)
                          
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya hendak berkongsi  pandangan dan pendapat saya tentang lagu La Tahzan yang dinyanyikan oleh Heliza Helmi. Lagu ini menggambarkan tentang kehidupan saudara kita di Gaza yang berjuang demi mempertahankan agama mereka, yang dikala ini kita sedang bergembira dengan nikmat kehidupan yang diberiNya tetapi saudara kita di sana dalam ketakutan dan mereka sentiasa bersedia berkorban demi mempertahankan agama mereka. Oleh itu, kita janganlah leka dengan kehidupan yang sementara ini dengan melakukan perkara yang sia-sia, kita juga boleh berjuang dengan mereka dengan cara memberi doa, bantu mereka dengan apa yang kita mampu. “ Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena, takan kita hanya berdiam diri sahaja”. Dengan melihat video, gambar dan memberi komen tanpa membantu mereka, dapatkah mereka hidup dalam keadaan aman seperti kita tanpa bertindak? , Fikirkan laa dengan akal yang turut diberi oleh tuhan kamu. Saya kagum dengan penyanyi ini, beliau sentiasa istiqamah dengan membantu saudara kita disana, selain itu, penampilannya dan berjihad kerana Allah.
La tahzan robbuna ma’ana (Jangan sedih, Allah bersama kita), Allah sentiasa bersama kita tidak kira kita dalam keadaan apa pun.

Di sini saya sertakan juga link Video Official Heliza Helmi La Tahzan

p/s : Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, dan marilah kita berdoa untuk mereka dan tingkatkan amalan kita lagi serta istiqamah. =)

No comments:

Post a Comment