Saturday, 26 July 2014

Task #1 Song Review - November Rain



Task #1 Song Review
Zairul Asma Ahmad
SX120139BQS04
Guns N' Roses : November Rain
Written by Axl Rose (Penyanyi Utama  Rock Band “Guns & Roses”)

Pertama kali mendengar lagu ini saya seolah khayal dengan puitis lirik lagunya yang mendayu namun aura rock yang menjadi teras bagi band muzik terkenal  ini masih dapat dirasai pada rangkap akhir bait liriknya.

Lagu yang mengisahkan dilemma percintaan sepasang kekasih yang sedang asik dan dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh mereka. Ini di gambarkan oleh penulis lirik bagaimana sukar nya untuk memastikan lampu lilin tetap terang menyala di dalam bulan November yang mana biasanya di selimuti oleh musim hujan yang dingin. Adalah sukar bagi seseorang untuk mengawal apa yang mereka sudah tahu kesan dan akibat dari percintaan yang dilalui dengan harapan untuk kekal  selamanya.

Bagi penulis tidak semua percintaan semestinya berakhir dengan perkahwinan, hati dan perasaan boleh berubah mengikut keadaan dan MASA. Masa boleh merubah apa sahaja dan setiap orang memerlukan masa untuk menentukan arah tuju hidup mereka. Sudah menjadi lumrah dalam sesebuah perhubungan dimana cinta datang dan berlalu begitu sahaja.

Itulah yang mesti dihadapi oleh setiap pasangan yang bercinta akan risiko masa yang boleh merubah perasaan terhadap pasangan mereka dan pengaruh kawan-kawan yang mungkin mencemburui kisah percintaan mereka.

Namun pada rangkap akhir lagu ini penulis ingin menekan kan setiap dari kita memerlukan masa untuk memastikan pilihan kita samada tepat atau sebaliknya. Setiap dari kita juga memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Ini mungkin dapat membantu kita dalam membuat pilihan yang baik untuk diri kita.

No comments:

Post a Comment