Sunday 27 July 2014

Task #1 Song Review – APA KHABAR JOE FLIZZOW FEAT SONA ONE

NAZREEN IREEN SHAH BIN KAMARUDIN - (NISK)
SX120112BQS04

“Kadang kala waktu berhenti, ku toleh ke sisi, engkau tiada di sampingku, tapi lebih seringkali bertemu dalam mimpi, semuka dengan sahabatku, aku tanya apa khabar.”


Untuk pengetahuan anda, lagu berjudul Apa Khabar ini didendangkan oleh Joe Flizzow dan SonaOne. Mesti ramai yang sudah pun mendengar lagu ini dimainkan di corong-corong radio bukan? Pertama kali mendengarnya, buatkan saya tertarik dengan lirik, lagu serta ‘Music Video’ yang dihasilkan.

Jika dihayati keseluruhan lirik lagu ini, ia bagaikan memberi mesej kepada Malique bahawa Joe Flizzow merindui zaman kegemilangan ‘Too Phat’ suatu ketika dulu. Malah, lirik lagu ini turut menceritakan kisah permulaan mereka untuk bergelar penyanyi hip hop. Yelahkan, pada masa itu genre hip hop masih lagi asing di Malaysia. Masih berusia belasan tahun ketika itu, mereka begitu teruja dan bersemangat untuk mencipta nama di persada hiburan dengan membawa genre hip hop.


‘MV’ Apa Khabar yang dihasilkan begitu bersahaja tapi penuh dengan mesej dan memang ‘feeling’. Ia juga turut menampilkan seorang lelaki yang mirip Malique.


Anda nak tahu apa ‘ending story’ lagu ni? Nah, saya sajikan ‘music’ videonya di bawah. Selamat mendengar dan Selamat Hari Raya. ;)


No comments:

Post a Comment