Thursday 24 July 2014

Nasi Lemak

Wan Afizam B. Wan Ab. Rahman
SX122708GUF04

Gambar hiasan diambil dari google. Kredit untuk tuan punya gambar jika dia ada terbaca ruangan ini.


Hmmmm… nasi lemak, apa lagi juadah sarapan pagi wajib kebiasaan (typical)  yang  paling  mudah untuk ditemui oleh penduduk warga kota untuk disantap pada waktu pagi hingga ke larut malam jika bukan nasi ini. Bagi rakyat di Pantai Timur, Nasi Berlauk, Kerabu dan Dagang adalah menu sarapan wajibnya. Tidak salah rasanya jika mahu dikategorikan Nasi Lemak pula sebaliknya adalah diantara menu sarapan pagi wajib bagi penduduk warga kota. 

Secara jujur, sebenarnya malas dan letihlah rasanya nak berfikir secara kritis sangat dalam membuat kaji selidik atau riview mengenai Nasi Lemak ke, Satay ke, Char Kuew Tiow ke disebabkan menu-menu ini sememangnya adalah menu lazim yang pada kebiasaannya amat mudah untuk ditemui di sekitar Lembah Klang.

Tetapi, dek disebabkan ianya sudah menjadi tugasan wajib, maka terpaksalah juga direlakan hati untuk menjadi kritis terhadap nasi lemak, seumpama Chef Wan yang secara 'kritisnya' pernah pada suatu ketika mengkritik Nasi Lemak 'telanjang' hidangan Malaysia Airlines dalam kelas ekonomi melalui penerbangan ke Bangkok gitu. (Rujuk sini)

Di ruangan ini, bukanlah niat saya untuk menjadi Chef Wan atau menghentam mana-mana hidangan nasi lemak yang disediakan oleh sesiapa. Tetapi hanya sekadar berkongsi pandangan serta cadangan kedai atau warung yang ada menyediakan hidangan nasi lemak yang saya anggap bolehlah dipertimbangkan untuk dicuba.

http://img.astroawani.com/2014-02/51391252033_freesize.jpg
Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan. Sumber Instagram.com/ChefWan58

Berbalik tentang isu nasi lemak, pada pengamatan saya, yang membezakan diantara rasa nasi lemak A dan B hanyalah pada  sambal tumisnya. Kalau ‘powe’ sambalnya maka ‘powe’lah nasi lemak yang disediakan -  makin pedas sambalnya, maka semakin enaklah juadah nasi lemaknya (tetapi tidaklah sampai pedas menggila, agak-agak).

Ditambah pula dengan aroma yang terbit dari daun pandan serta rasa lemak dari nasinya, ini secara tidak langsung akan menyebabkan hidangan nasi lemak itu akan menjadi hidangan yang sungguh menyelerakan. Kena pula dengan teh tarik - 'pergh, meme da bomb lah'.

Dipendekan cerita, diantara banyak-banyak kedai atau warung yang ada menyediakan nasi lemak sebagai juadah jualannya di sekitar Lembah Klang - antara yang o.k - k.o lah bagi pengamatan makrifat saya - mungkin, mungkin o.k?, Nasi Lemak Kg. Pandan. Itu sahaja. 

Bukan bertujuan untuk melakukan sebarang tujuan promosi, tetapi sebaliknya disebabkan sudah terbiasa makan di situ. Mungkin disebabkan itulah barangkali menyebabkan saya sedikit 'bias' dalam isu ini. Walau bagaimanapun, cadangan saya ini bukanlah sekadar cadangan syok sendiri, tetapi sememangnya nasi lemak di situ pernah menerima riview yang agak positif dari pihak media. (Rujuk sini – tak tahu la pulak jika media tersebut telah dibayar, rasanya mungkin tidak).  

Kadang kala ada sahaja makcik-pakcik yang menjual nasi lemak yang tidak kurang enaknya tetapi tidak mendapat sebarang peluang untuk mempromosikan masakannya di ruangan media perdana. Tetapi melalui perantara media baru, maklumat-maklumat yang disebarkan melalui blog, facebook, cakap-cakap mulut dan syor rakan-rakan - oh, baru diketahui bahawa 'di situ' juga ada nasi lemak 'powe' yang tidak kurang enaknya.

Tidak salah untuk mencuba kan?, jika tidak menepati selera, boleh aja cuba di tempat lain. Habis cerita. Selera masing-masing, duit pun masing-masing.

Sekian. Terima Kasih.

Maklumat lanjut mengenai nasi lemak Kg. Pandan – bolehlah dirujuk di sini.

No comments:

Post a Comment