Saturday 26 July 2014

Song Review- Nor Saliza binti Abu Bakar Rodin





Satu.. kasih nan abadi                                           Sayang dengar lagu ini 
Tiada tandingi dia yang satu                                 
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Dua… sayang berpanjangan                                
Jangan manis terus ditelan
Membawa ke syurga kasihnya ibu                        
Pahit terus dibuang… itu bidalan 

Tiga.. lapar dan dahaga                                         Harus kau renungkan
Rela berpayahan setianya ayah                           
Andai, Kau beroleh bahagia 
Empat.. mudah kau ketemu                                 
Ingat itu bukan untuk selamanya        
Berhati selalu beza antara                                    
Andai, Kau dalam sengsara
Kasih dan kekasih                                                
Ingat itu bukan untuk selamanya 

* Ibu, ku ingat dahulu                                             Hidup ini sementara…                                            
Menyisir rambutku, kemas selalu                           
Ayah, menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa     




Dari lirik boleh disimpulkan yang lagu ini menerangkan kasih sayang dan kecintaan kepada tuhan yang satu, Ibu, bapa dan juga menyelitkan pengajaran sekiranya ingin memilih kekasih. Lagu ini juga boleh dikatakan lebih kepada berunsur nasihat terutama kepada anak-anak dan golongan remaja.
Dalam Rangkap satu dan dua lagi kita  boleh melihat lirik berkaitan dengan kasih sayang dan nasihat iaitu 1,2 dan bagi rangkap kedua iaitu yang ke 3 mungkin mudah bagi kita untuk memahami kerana penerangannya sangat jelas tentang kasih sayang kepada siapa, iaitu tentang ketuhanan dan ibu bapa. Tetapi yang ke 4 kita perlu berfikir lebih mendalam sedikit kerana kita mesti bijak memikirkan sendiri antara kasih dan kekasih, iaitu kita perlu memilih dengan betul siapa yang akan menjadi teman kita selamanya dan bukannya hanya kasih atau sayang yang hanya sia-sia semata.
Manakala bagi korus pula telah menceritakan betapa tinggi dan besarnya pengorbanan seorang ibu dan ayah yang telah menjaga, membesarkan, mendidik dan berusaha untuk menjadikan seseorang anak itu berjaya. Antara pengajaran yang telah diselitkan lagi dalam lagu ini ialah tentang mengajar seorang anak agar bijak menilai dan memikirkan sesuatu terlebih dahulu dan tidak mudah mempercayai dan menerima sesuatu dengan begitu mudah atau bulat-bulat menerima sesuatu.
Di samping itu juga ditekankan juga nasihat agar sentiasa beringat dan berwaspada dengan apa yang diperolehi dan senantiasa berjaga-jaga dan berfikiran panjang dalam melakukan sesuatu. Juga positif tentang sesuatu yang berlaku atau ujian yang mendatang kerana tidak semua benda akan kita peroleh atau miliki selamanya dan semua benda yang ada tidak kekal selamanya.

Nor Saliza binti Abu Bakar Rodin 

Matrik : SX122703GUF04







 




No comments:

Post a Comment