Tuesday 22 July 2014

FYNN JAMAL- ARJUNA BETA- Nur Azira Binti Abdul Majid

      . 





       Lirik lagu ini merupakan sebuah catatan atau rakaman kecil yang memperlihatkan kejujuran penyanyi memberi gambaran akan apa yang dilihatnya, satu rupa bentuk Kehidupan kasih sayang yang berkisar tentang dodoian seoarang bonda untuk anakanda tersayang bernamaArjuna  Bakti Fitri” yang dijadikan anak angkat sejak dari kecil. Anak kecil yang mengidap penyakit kronik memerlukan penjagaan yang teliti yang akhirnya memberi sinar dalam hidupfynn Jamal”  dan suami. Lirik lagu ini adalah kata-kata nasihat untuk anakanda tersayang yang merupakan pesanan kerisauan hati seorang bonda untuk masa depan anakandanya.
      Penyusunan karya ini adalah dengan caraEkatemaiaitu hanya memilih satu tema sahaja. Lirik lagu ini bertemakan Kasih Sayang
      Lirik lagu ini adalah puisi dalam bahasa melayu yang mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu:
     - Empat baris serangkap dengan rima a,a,a,a . Contonya:
            ngeri tak terbayang mata
           
bonda takkan ada sentiasa
           
nanti moga kau tak lupa
           
bonda memujukmu, anakanda

Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi bentuk-bentuk yang lain. Walaubagaimanapun, variasi ini hanyalah kepada bentuk visualnya sahaja khususnya daripada aspek rima akhir.
       Lagu ini adalah bersifat Balada bermaksud bercerita. Cerita ini pula disampaikan melalui sulaman bahasa yang indah, halus dan berkesan. Penggunaan perkataanBondamelambangkan jiwa seorang ibu danArjunaadalah dedilasi untuk anak lelaki.

Kesimpulannya, lirik lagu ini mempunyai bahasa yang indah dan puisi yang mudah difahami dan berjaya menonjolkan tema kasih sayang dan doa bonda untuk anakanda tersayang.

No comments:

Post a Comment