Saturday 26 July 2014

Khor Kim Khim
SX122695GUF04

真的爱你 ( Really Loves You ) by Beyond

Sepasang tangan yang tidak dapat dikembali seperti dulu
Kasih sayangnya selalu tersembunyi di belakang
Walaupun suka berleter tapi masih prihatin
Tak erti menghargai pasti akan menyesal nanti

Memajak diri dalam bidang muzik, dia tidak suka
Tapi kasih sayang ibu masih terbukti
Tekad memecahkan keraguan hati
Budi ibu akan dapat dibalas sehari nanti  

Angin pegas ditukar jadi hujan menghangatkan hati saya
Memberi restunya secara senyap sepanjang hayat

Adalah pandangan kamu yang amat mesra
Mengajar saya tabah menghadapi perjalanan hidup yang akan datang
Memberitahu saya jangan putus asa bila ‘jatuh’
Tidak dapat menjelaskan bagaimana membalas budi ibubapa
Kasih sayang adalah besar tak terhingga
Izinkan saya untuk mengatakan Really Loves You

Lirik dalam lagu ini menunjukkan pengorbadan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Walaupun dia suka berleter dan tak suka anaknya terjebak dalam alam muzik tapi kasih sayangnya terhadap anak tetap sama dan memberi restunya kepada anak secara senyap. Dan ibu juga yang mendidik dan menyokong anaknya supaya tabah dan jangan putus asa semasa menghadapi apa jua halangan dalam perjalan kehidupannya. Apa yang telah ibu korbankan untuk anak-anak hanya boleh dilihat dari tangannya yang berkedut dan uzur. Sebagai seorang anak, tidak tahu bagaimana nak balas budi dan kasih sayang ibu yang besar tak terhingga itu, tapi kalau tak kenang budi ibu tentu akan menyesal sehari nanti. Dan izinkanlah saya mengatakan saya sangat sayangi kamu… IBU.
Pada pandangan saya, lagu ini adalah memberitahu kita supaya mengenang budi ibubapa kita dan membalas kasih sayang terhadap mereka semasa mereka masih sihat belaka, jangan sampai masa ibubapa dah tak ada baru teringat budi mereka. Masa itu dah tak ada gunanya.
                              “树欲静而风不止,子欲养而亲不在”

No comments:

Post a Comment