Wednesday 23 July 2014

Bila Tiba- Ungu


MOHD ZAINI BIN MOHD MISMAN
SX122702GUF04

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim… Dengan Nama Allah pada malam ini izinkan saya untuk menulis satu perkara mengenai sebuah lagu. Alhamdulillah, Dengan Izin-Nya kita diberi kesempatan bernafas sekali lagi hari ini, Semasa saya berbuka puasa, terkumandang sebuah lagu yang mengingatkan saya kepada “kematian”. Penyanyi berkumpulan yang berasal dari Indonesia iaitu kumpulan “Ungu” menyanyikan sebuah lagu bertajuk “Bila Tiba”. Tersentak hati bila dengar lagu ni, macam-macam persoalan yang timbul di fikiran.

“Betul ke aku akan mati nanti..bila?”
“Benarkah aku dah bersedia untuk mati?”
“Jika hari ini adalah hari terakhir hidupku, macamana aku nanti?”

Ya… betul, semua makhluk Allah yang dicipta akan mati. Tapi betul ke kita dah bersedia? Kita cuba fahami lirik nie

“Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Jikalau kita diberi pilihan semasa mati nanti, apa yang kita semua mahu… saya rasa semua orang berkehendakkan kematian yang baik, tetapi sesuatu perkara yang baik memerlukan pengorbanan, Amal ibadah mesti dimaksimakan, Solat Fardhu 5 waktu belum cukup sebenarnya, untuk membawa kita ke alam tersebut, kita tahukan… Kita tambahlah dengan amalan lain, bersedekah, solat sunat, membaca Al-Quran, biar Allah lihat kita senantiasa mengingati-Nya.

Setiap hari kita melakukan solat fardhu 5 waktu..

" اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ "

[Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam]

Sebenarnya kita sesuatu masa dulu telah “berjanji” pada-Nya rakan-rakan sekelian...

Malam ini 25 Ramadhan adalah merupakan antara 10 malam Lailatur Qadar yang terakhir sebelum kita bertemu dengan Syawal, Cepat benar rasaya masa berlalu, entahla, adakah segala amalan kita pada bulan Ramadhan tahun ini akan diterima oleh-Nya ke tidak, hanya Allah sahaja yang tahu.Sedarlah dan muhasabah diri bersama-sama, kita berdoa kepada-Nya, semoga kita semua berada dalam golongan yang beriman dan yang beramal soleh…Aminnnn..

No comments:

Post a Comment