Wednesday 13 August 2014

FOOD REVIEW



MOHD AZALAN BIN MOHD NOR
830328105221
SX120485GHLS04

KUEW TEOW ?

Di mana hendak mencari makan ini di kawasan bandar seperti  Bandar Cyberjaya yang sedap dan kawasannya bersih…..

Ini jawapannya, kepada sesiapa ingin merasa makanan yang sedap dan kawasan premis yang bersih di kawasan Bandar, saya syorkan kepada anda dan keluarga yang ini merasai makanan yang terbaik berada di ACACIA TREE KOFFIE, SHAFTBURY SQUARE.


Antara faktor-faktor menarik dan kualiti yang ada di premis adalah seperti tersebut:


  • Makanan yang berpatutan di kawasan Bandar seperti Cyberjaya
  • Terdapat menu-menu promosi yang ditawarkan
  • Mendapat pengiktirafan dari pihak PBT sebagai premis terbersih (Gred A)

    
             Dan paling menarik perhatian pelanggan mendapat pengiktirafan dari TV3 sebagai antara premis-premis menarik untuk Jalan-Jalan Cari Makan.

Oleh itu, saya rasa anda tidak akan rasa kecewa dengan masakan dan mutu layan pekerja premis itu yang terdiri daripada warga tempatan yang jika dibandingkan layanan mamak. Jadi kepada yang berminat jangan ragu-ragu kerana makanan memang terbaik. Selamat mencuba, sekian terima kasih.

Friday 8 August 2014

NASI LEMAK TANGLIN - NOR SALIZA BINTI ABU BAKAR RODIN



NASI LEMAK TANGLIN
NOR SALIZA BINTI ABU BAKAR RODIN
SX122703GUF04

Masa mula-mula sampai, orang dah mula beratur dan nak dapatkan tempat letak kereta, 2 kali pusing baru dapat .
Nasi lemak dengan lauk yang telah dipilih

Terletak berhadapan Klinik Kesihatan Tanglin, sering menjadi tumpuan orang ramai. Mempunyai pelbagai pilihan lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi lemak seperti sambal ikan bilis biasa, sambal sotong, paru, limpa, bergedil dan pelbagai lagi. Apa yang istimewanya nasi lemak ini ialah ada sejenis sambal yang seakan-akan serai, mungkin ini resipi rahsia atau penambah perisa nasi lemak ini.Resepi mereka ni dah bermula sejak tahun 1948 lagi.
Kalau pergi pada waktu awal pagi, biasanya mesti kena beratur. Pada kebiasaannya ianya menjadi tumpuan para pekerja sekitarnya iaitu polis-polis Bukit Aman, pesakit-pesakit dan kakitangan Klinik Kesihatan Tanglin dan sebagainya. Kebetulan gerai nasi lemak ni berdekatan dengan pejabat bolehlah sekali-sekala pergi bersarapan di sana. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Rasanya bolehlah dikatakan agak sedap kerana ada pelbagai lauk tambahan yang disediakan. Manakala dari segi harganya pula,boleh dikatakan berpatutan tetapi jika ditambah pelpagai lauk pauk, harganya akan jadi agak tinggi juga. Jika dibandingkan dengan tempat lain harganya boleh tahan dan mungkin juga lebih kurang sama. Bagi nasi lemak biasa dengan telur mata, tak pernah berubah dari mula- mula kenal nasi lemak Tanglin.
Bagi orang lain, saya lihat pelbagai lauk dicampur seperti sotong , udang, bergedil dan pelbagai lagi. Bagi bergedil yang ditambah pula pernah saya rasa, memang sedap bergedil yang dimasak. Tetapi bagi setiap nasi lemak yang dibeli sambal istimewa yang ada dikedai ni mesti ditambah, kalau diteliti betul-betul sambalnya nampak seperti campuran serai dengan halia yang dikisar dan saya tidak berapa pasti cara masakan sambal tambahan ini. Warnanya agak kehitaman mungkin ini cara lain bagi mengetengahkan nama mereka dalam bidang perniagaan ini.
Bagi nasinya pula, bagi pendapat saya memang menyelerakan kerana tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik, tidak terlalu lemak dan tidaklah tak rasa lemaknya. Yang pasti sedang-sedang saja. Kalau anak-anak yang makan, boleh makan begitu sahaja tanpa perlu meletak sambal, maknanya sudah cukup rasa. Mereka juga menyediakan khidmat penghantaran jika ditempah dengan banyak. Bagi sesiapa nak cuba tu bolehlah pergi merasa. Lokasinya di Jalan cenderasari, kalau nak lebih mudah lagi bolehlah mencari Balai Polis Bukit Aman, kemudian akan nampak pula Klinik Kesihatan Tanglin dan betul-betul berhadapan Klinik akan nampak kompleks makanan Tanglin disitulah gerai nasi lemak Tanglin. Jika ingin meletakkan kereta pula memang memerlukan kesabaran.

SATAY MALAYSIA

Sebut sahaja kedai makan Satay Malaysia, kebanyakan penduduk bandar Kota Bharu serta sekitarnya akan terbayang kepada satu menu utama mereka iaitu “Satay”. Dengan kedudukannya yang agak strategik, iaitu di sebelah kanan jalan utama untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dari pusat Bandar Kota Bharu Kelantan tidak hairanlah mengapa kedai makan ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang ingin menikmati menu satay yang sungguh sedap untuk dinikmati sesiapa sahaja samada bersama keluarga atau rakan sekerja.

 Gambar Hadapan Kedai
  
Hidangan yang agak ringkas tapi menarik ini semestinya akan memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang menikmatinya. Dengan harga yang sangat berpatutan serta suasana kedai yang menarik, ianya bukan sahaja berjaya menarik pelanggan yang sangat memberangsangkan malah telahpun mendapat beberapa pengiktirafan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Pelancongan.

Plat Pengiktirafan


Nasi Lemak Klang



THE BEST NASI LEMAK @ KLANG VALLEY
SHANMUGA RESTORAN @ BUKIT TINGGI KLANG


KALAICHELVAN A/L RAMACHANDIRAN

SX122694GUF04
 

Nasi Lemak is crowned as a national food of ours. It’s everywhere in Malaysia and eaten at any time of day by people from all walks of life and of different ethnicities.

In Malay, lemak means “fat,” and the fat in this case comes from the fresh coconut milk used to cook the rice, making it fragrant and rich. The sweet-smelling rice is traditionally served with roasted peanuts, ikan bilis (fried anchovies), a bed of spicy and sweet sambal, hard-boiled egg, and cucumber slices. Let’s not also forget the usual side dishes like fried chicken and sotong.

THE BEST NASI LEMAK @ KLANG VALLEY
SHANMUGA RESTORAN @ BUKIT TINGGI KLANG
Price: RM5.00
Opening hours: 5.00 p.m.–3:30 a.m.





You can find it at Bukit Tinggi, Klang., behind a Hong Leong Bank, with its tables and chairs placed outdoors, in the alley along the row of shops. It’s famous for its nasi lemak with fried chicken as well as Indomie goreng. It is the best place u can taste the origin of bumbung nasi lemak. Hope u never miss to taste nasi lemak.