Thursday 7 August 2014

FOOD REVIEW - CHAR KUOY TEOW

NURSARWANIS MOHD RIPIN
SX120121BQS04

Assalamualaikum..

Char Kuoy Teow pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Disini saya ingin berkongsi dngan anda char kuoy teow yang agak sedap di Kuala Lumour ini. Ia mempunyai beberapa cawangan seperti di TTDI Jaya Shah Alam dan Sri Gombak. Aimar Corner di Sri Gombak ini merupakan cawangan kedua mereka. Makanan ini terkenal daripada golongan kanak-kanak sehinggalah yang golongan tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan char kuey teow ini. Restoran Aimar Char Kuoy Teow ini semakin hari semakin mencipta nama dikalangan rakyat Malaysia.





Waktu perniagaannya bermula pada 7 pagi hingga 1 pagi pada hari isnin hingga sabtu, manakala pada hari ahad Aimar char kuoy teow ini beroperasi pada 1 petang hingga 1 pagi. Char koay teow ini mempunyai dua pilihan iaitu special dan biasa. Jika kita berminat dengan hidangan special char koay teow tersebut mempunyai udang, kerang yang lebih. harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan untuk kita rakyat malaysia. Hidangan istimewa char koay teow ini sangat sesuai dimakan untuk makan malam jika anda tidak berminat untuk mengambil makanan brat seperti nasi.




Selain itu, restoran Aimar ini juga mempunyai kawasan yang luas dan selesa untuk kita dan keluarga meluangkan masa bersama sambil menikmati char koay teow yang lazat ini. Disamping itu, ruang tempat letak kereta juga sangat mudah utuk anda jika anada ke Aimar Char Koay Teow ini. Buka sahaja char koy teow nya yang sedap, malah Aimar Corner ini juga mempunyai banyka kemudahan untuk anda, jadi tidak rugi jika anda singgah di Restoran Aimar Corner ini.




No comments:

Post a Comment