Thursday 7 August 2014

FOOD REVIEW : MALI’S CORNER CHAR KOAY TEOW



MALI’S CORNER CHAR KOAY TEOW

"Mali's Corner" bagi siapa yang dah sedia maklum restoran ni memang sangat terkenal dengan "Char Koay Teow"... Kalau beratur tak panjang mase nak membeli tu memang tak sah... Tempat ni terletak berhampiran dengan "Uptown Danau Kota" atau lebih tepat dengan "Platinum Walk"...kedai ini dibuka dari jam 12.00pm hingga ke 5.00a.m... pemilik kepada kedai ini ialah En Jamali bin Saad…seorang usahawan melayu yang berjaya…

Char Koay Teow di sini memang menyelerakan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini tak kira bangsa, agama mahupun jantina...harga bagi sepinggan char koay teow juga berpatutan…ada 3 saiz char kuew teow... yang biasa RM4.50... yang besar RM5.50... yang special RM7.00... saiz koay teow tu sama sahaja, cuma bilangan udang je yang berbeza... makin mahal makin banyak la udang...

Rasa sepinggan char koay teow di sini memang tak boleh dinafikan lagi…setiap tekstur char koay teow ini cukup rase dan menyelerakan citarasa anda ..,memang dengan keenakan char koy teow ini pasti anda akan datang berkali-kali..bagi sesiapa yang belum berkunjung ke sini adalah di alu-alukan untuk mencuba resipi char koay teow sejati…selamat mencuba!!!



MOHD MOHSIN BIN OMAR
SX122700GUF04



No comments:

Post a Comment